Tuesday, October 11, 2011

Siti Zaiton & The Hornets - Alam Seni A Go Go 67

Siti Zaiton bersama kumpulan The Hornets dalam filem Ago Go 67. Dalam filem ini juga banyak lagi kumpulan gitar rancak (kugiran) yang lain beraksi sama. Filem ini mengingatkan kembali nostalgia kenangan lama bagi mereka yang berada pada era 60an. Irama 60an masih dan tetap digemari hingga kini. Ada lagu-lagunya yang dibarukan dan diubahsuai mengikut selera sekarang namun masih ramai yang lebih gemar dengan versi 'original'.

Friday, July 1, 2011

Julie Remie - Jalinan Mesra


Kalau tak silap nama sebenar penyanyi Julie Remie ialah Juliah Juraimi. Saya pernah ternampak beliau beberapa kali di masjid di bahagian utara Singapura. Mungkin dia bergiat di masjid tersebut kot. Alhamdulillah.

Thursday, June 23, 2011

Selamat tinggal Stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar


Stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar kini tinggal kenangan. Itulah yang dapat diungkapkan. Setelah sekian lama beroperasi dan memberikan perkhidmatannya, ia kini diserahkan kepada pemerintah Singapura untuk dimajukan bersama dengan kerajaan Malaysia. Secara peribadi memang ada rasa kecewa dengan penutupan dan pemindahan stesen tersebut kerana saya sering berkunjung ke stesen Tanjong Pagar untuk menjamu selera dan juga sekali sekala menaiki keretapi untuk ke Kuala Lumpur pada musim cuti. Kali pertama saya menaikinya pada bulan Disember 1986 dan kali terakhir pada Disember 2010. Ada kalanya saya menyambut kedatangan saudara-mara dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta menghantar mereka pulang ke stesen tersebut. Stesen Tanjong Pagar meninggalkan banyak kenangan. Dapat difahamkan mengapa ketua stesen KTM merasa sebak dan tersekat-sekat suaranya semasa ditemuramah oleh TV Malaysia. Beliau merasa amat pilu untuk meninggalkan stesen Tanjong Pagar setelah bekhidmat selama 15 tahun. Gambar-gambar yang saya petik ini adalah untuk diabadikan sebagai kenangan buat kaum keluarga dan sanak saudara saya di Malaysia. Gambar-gambar ini memberikan pengertian yang cukup besar dan begitu bermakna buat diri saya dan saya pasti ramai yang berbuat demikian. Akhir kata, selamat tinggal Stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar.